Wan Seri Beni ialah Raja Bintan yang menjadi emak angkat kepada Seri Teri Buana. Dia juga menyerahkan kerajaan Bintan kepada Seri Teri Buana.
Pada asalnya raja Bintan ialah Raja Ishar Syah dan isterinya ialah Iskandar Syah. Anak mereka bernama Wan Seri Beni. Setelah raja Bintan suami isteri meninggal dunia, Wan Seri Beni menjadi pemerintah Bintan yang baharu.
Negeri kerajaan Bintan adalah di Bukit Bijana. Kotanya adalah di Tanjung Bintan, berhampiran dengan Tanjung Siak Menanti. Semasa pemerintahan Wan Seri Beni, Teluk Bintan telah menjadi sebuah pelabuhan perdagangan.
Kisah Wan Seri Beni dalam Sulalatus Salatin bermula semasa Seri Teri Buana sedang dalam pelayaran untuk mencari tapak baharu untuk dijadikan negeri. Angkatan laut Seri Teri Buana yang bergerak dari Palembang telah singgah di Selat Sambu yang berada dalam kawasan pemerintahan kerajaan Bintan.
Wan Seri Beni diberitahu tentang seorang raja keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan angkatan lautnya sedang berada di Selat Sambu. Dia menghantar Mangkubumi Aria Bupala dan Menteri Bupala untuk bertemu dengan Seri Teri Buana dengan pesanan khas:
Maksud sebenar Wan Seri Beni ialah, jika Seri Teri Buana itu seorang yang lebih tua darinya, dia mahu menawarkan dirinya sebagai isteri. Sebaliknya jika Seri Teri Buana lebih muda darinya, dia mahu mengambilnya sebagai anak angkat sahaja.
Mangkubumi Aria Bupala dapati yang Seri Teri Buana masih muda (lebih muda dari Wan Seri Beni). Oleh itu Mangkubumi Aria Bupala berkata "Paduka bonda empunya salam..".
Seri Teri Buana bersetuju untuk mengadap Wan Seri Beni. Kerajaan Bintan mula melakukan persiapan untuk menyambut Seri Teri Buana sehingga dihasilkan pantun:
Teluk Bintan labuhan dagang,
Tempat mengail parang-parang;
Adakah hitam pinggangnya ramping,
Bagai bunga sudah dikarang.Wan Seri Beni mengambil Seri Teri Buana sebagai anak (anak angkat) dan turut menabalkannya sebagai raja Bintan. Demang Lebar Daun dijadikan Bendahara Bintan. Menteri Bupala menjadi menteri manakala Aria Bupala menjadi Penhulu Hakim.
Apabila Seri Teri Buana ingin pergi ke Temasik, dia meminta izin dari Wan Seri Beni terlebih dahulu.
Setelah Seri Teri Buana membuka Singapura (Temasik) dan membina istana di sana, Wan Seri Beni dijemput untuk tinggal di sana.
Wan Seri Beni menabalkan Seri Teri Buana sebagai Raja Singapura. Anak Menteri Bupala pula dijadikan raja di Bintan dengan memakai gelaran Tun Telanai.
Setelah meninggal dunia, Wan Seri Beni dikebumikan di Bukit Singapura.
Ceritera 1:
| "Jikalau ia tua, katakan adinda empunya sembah, dan jikalau ia muda, katakan bonda empunya salam." |
Ceritera 2:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan