Selasa, 18 April 2023

Puteri Tanjung Buih

Puteri Tanjung Buih pada asalnya adalah seorang budak perempuan yang ditemui dalam buih besar yang hanyut di sungai di Palembang. Terlalu baik rupanya. Asal-usul keturunannya tidak diceriterakan dengan lebih lanjut dalam Sulalatus Salatin.

Orang ramai mengambil budak perempuan itu dan menyerahkannya kepada Seri Teri Buana. Budak perempuan itu dibela oleh Seri Teri Buana dan dinamakan Puteri Tanjung Buih.

Puteri Tanjung Buih adalah orang kedua dalam Sulalatus Salatin yang berasal dari buih. Orang pertama ialah Batala yang muncul dari buih muntahan lembu putih.

Setelah meningkat dewasa, Puteri Tanjung Buih dikahwinkan dengan anak raja China yang tinggal di Belambang Majut (suatu daerah di bawah jajahan Palembang). Daripada anak cucu mereka inilah sekiranya lelaki dipanggil 'awang' manakala jika perempuan dipanggil 'dara'. Keturunan merekalah yang melahirkan 'perawangan' dan 'perdaraan' dalam masyarakat Melayu Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan