Sabtu, 8 April 2023

Puteri Mahtabu'l-Bahri isteri Raja Suran

Puteri Mahtabu'l-Bahri ialah salah seorang isteri Raja Suran. Dia bukan manusia biasa sebab dia ialah kaum Bu Sum yang tinggal di negeri Dika iaitu negeri di dasar laut. Bapanya ialah Raja Aktabu'l-Ard yang memerintah negeri Dika. Dia dikahwinkan dengan Raja Suran selepas Raja Suran turun ke dasar laut menggunakan peti kaca.

Puteri Mahtabu'l-Bahri melahirkan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Nila Pahlawan, Krisyna Pandita, dan Nila Utama. Semasa anak-anaknya ini masih kecil lagi (tidak lebih dari tiga tahun), mereka ditinggalkan oleh Raja Suran. Ini kerana Raja Suran balik semula ke negeri atas laut. Puteri Mahtabu'l-Bahri tidak lagi bertemu dengan Raja Suran selepas itu.

Setelah meningkat dewasa, anak-anak Puteri Mahtabu'l-Bahri pula meninggalkannya. Mereka naik lembu putih dan muncul di kawasan padi huma Wan Empuk Wan Malini di Bukit Si Guntang. Puteri Mahtabu'l-Bahri terus tinggal di negeri Dika dengan bapanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan