Jumaat, 28 April 2023

Permasku Mambang

Permasku Mambang ialah salah seorang dari hulubalang Sang Si Perba di Minangkabau. Dia berjaya membunuh ular 'Sakti Mona' yang menyebabkan Sang Si Perba kekal diterima oleh rakyat Minangkabau untuk menjadi raja mereka.

Sang Si Perba ialah raja minangkabau yang baharu yang diberikan oleh Demang Lebar Daun. Raja asal Minangkabau, Patih Suatang telah sanggup untuk turun takhta untuk memberi laluan kepada Sang Si Perba menjadi raja baru Minangkabau.

Pada suatu hari rakyat Minangkabau mahu menguji sekiranya benar Sang Si Perba merupakan anak cucu-cicit keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain. Mereka mahu Sang Si Perba membunuh ular 'Sakti Mona' yang banyak merosakkan hasil tanaman mereka.

Sang Si Perba memberi curik Si Mandang Kini kepada hulubalangnya yang bernama Permasku Mambang dan mengarahkannya pergi membunuh ular 'Sakti Mona'.

Hulubalang Permasku Mambang berjaya memarang ular 'Sakti Mona' hingga putus tiga lalu mati. Namun curik Si Mandang Kini sumbing seratus sembilan puluh. Walau bagaimanapun kejayaannya ini menyelamatkan Sang Si Perba yang terus diterima oleh rakyat Minangkabau untuk menjadi raja mereka. Permasku Mambang dianugerahi persalinan oleh Sang Si Perba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan