Patih Suatang pada asalnya ialah seorang raja di Minangkabau. Setelah mendengar cerita anak Raja Suran tiga bersaudara yang diambil oleh Demang Lebar Daun dari Bukit Si Guntang, Patih Suatang pergi ke Palembang dengan segala pegawai dan rakyat sekaliannya, minta seorang anak raja itu hendak dirajakannya di alam Minangkabau.
Demang Lebar Daun menyerahkan Sang Si Perba kepada mereka untuk menjadi raja di Minangkabau. Patih Suatang sanggup turun kuasa untuk menyerahkan pemerintahan Minangkabau kepada Sang Si Perba. Patih Suatang menjadi bendahara kepada raja Minangkabau yang baharu.
Pada suatu hari orang besar-besar dan orang tua-tua yang memegang anak negeri Minangkabau telah bertemu dengan Patih Suatang. Mereka mencadangkan untuk menguji Sang Si Perba untuk melihat sekiranya dia benar-benar anak cucu-cicit dari keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain.
Mereka mahu Sang Si Perba membunuh ular 'Sakti Mona' yang selalu merosakkan hasil tanaman mereka. Jika berjaya, mereka akan terus berajakan Sang Si Perba. Jika gagal, mereka mahu Patih Suatang kembali menjadi raja mereka. Patih Suatang pergi mengadap Sang Si Perba dan menyatakan permintaan rakyat minangkabau itu.
Sang Si Perba menghantar salah seorang hulubalangnya bernama Permasku Mambang yang berjaya membunuh ular 'Sakti Mona'. Rakyat Minangkabau berpuasa hati dan Sang Si Perba kekal menjadi raja mereka. Patih Suatang kekal menjadi bendahara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan