Farasu'l-Bahri ialah nama kuda semberani (kuda bersayap) jantan yang dipinjamkan oleh Raja Aktabu'l-Ard (raja negeri Dika di dasar laut) kepada Raja Suran untuk membawa Raja Suran naik semula ke permukaan laut dan balik ke negerinya di Benua Keling.
Farasu'l-Bahri muncul di permukaan laut berhampiran pantai negeri Raja Suran. Apabila rakyat Raja Suran melihat raja mereka di atas kuda di tengah laut, mereka membawa seekor kuda betina di tepi pantai. Tujuannya ialah untuk mengumpan kuda semberani jantan tunggangan Raja Suran itu supaya datang ke pantai.
Kuda semberani jantan tunggangan Raja Suran pun pergi ke pantai. Selepas Raja Suran turun ke darat, kuda tadi balik semula ke negeri Dika di dasar laut.
Kuda semberani jantan bersayap (pegasus) diperkenalkan ke dunia oleh mitos purba Greek. Pegasus dilahirkan oleh Medusa dan bapanya ialah Poseidon iaitu dewa laut orang Yunani.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan