Sabtu, 1 April 2023

Asmaghiah Peri

Asmaghiah Peri ialah raja jin yang sekonyong-konyong (tiba-tiba) muncul di depan Raja Suran semasa Raja Suran sedang termenung kesedihan di negeri Dika di dasar laut. Raja Suran tidak mencarinya. Sebaliknya raja jin itu yang muncul secara tiba-tiba di depan Raja Suran.

Raja Suran:"Apakah kerja tuan hamba ke mari?"
Raja Jin:"Sahaja hamba mengadap."
Raja Suran:"Jika demikian hendaklah tuan hamba perbuatkan hamba, mahkota tiga biji akan pakaian anak hamba, supaya ada tanda Raja Iskandar Zul-Karnain kepadanya."
Raja Jin:"Mahkota kudrat yang di dalam perbendaharaan Paduka Mambanglah (Raja Sulaiman) hamba ambil."

Raja Jin Asmaghiah Peri pergi mengambil tiga mahkota dari perbendaharaan Raja Sulaiman dan menyerahkannya kepada Raja Suran. Selepas itu dia pun ghaib.

Mungkin beginilah rupa raja jin Asmaghiah Peri. Tiada siapa yang tahu. Sulalatus Salatin tidak memberikan apa-apa gambaran tentang rupa bentuk raja jin negeri Dika ini seperti mana huraian yang diberikan pada hantu yang mencuri ikan-ikan dalam lukah Badang.

Juga tidak dihuraikan kenapa raja jin ini dengan mudah masuk ke perbendaharaan Raja Sulaiman dan mengambil harta-harta di dalamnya. Adakah dia pegawai Raja Sulaiman yang menjaga perbendaharaan atau pun dia seorang pencuri yang mencuri harta Raja Sulaiman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan