Demang Mangku Raja ialah saudara Demang Lebar Daun.
Setelah Raja Pelambang bernama Seri Teri Buana berpindah ke Bintan, Demang Lebar Daun dilantik menjadi bendahara, manakala Demang Mangku Raja dijadikan pemerintah Palembang. Menurut Sulalatus Salatin, itulah asal raja Palembang yang ada sekarang ini.
Anak raja-raja China yang tinggal di Belambang Majut telah pergi ke Palembang. Maka oleh Demang Mangku Raja, dipersembahkan ke Bintan, ke bawah duli Seri Teri Buana.
Semasa Sultan Mansur Syah hendak pergi ke Majapahit di Pulau Jawa, Demang Mangku Raja adalah di antara pemerintah yang turut dijemput untuk mengiringi sultan ke sana. Turut sama dijemput untuk mengiringi sultan ialah Raja Merlang yang memerintah Tunggal, Adipati Sira Sela Sida Raja yang memerintah Jambi, dan Maharaja Isak yang memerintah Lingga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan