Selasa, 11 April 2023

Demang Kebayunan

Demang Kebayunan ialah Raja Melayu di negeri Belambang Majut (Bangkahulu sekarang). Semasa dia bermain di kuala dengan segala hulubalangnya, dia bertemu dengan Citram Syah (Tajitram Syah) yang sedang duduk di bawah pokok ru sambil dihadap oleh tenteranya.

Citram Syah menceritakan segala kejadian yang menimpanya iaitu kapalnya karam dipukul ombak di Laut Selbu.

Apabila Demang Kebayunan mendengar yang Citram Syah adalah anak raja besar, dia membawa balik Citram Syah ke negeri Belambang Majut. Selepas itu dia mengahwinkan anaknya yang bernama Raden Seridari dengan Citram Syah.

Melalui perkahwinan ini, Demang Kebayunan mendapat empat oang cucu iaitu Ratna Dewi, Seri Dewi, Maniaka, dan Nila Kama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan