Raja Chulan ialah raja Siam di negeri Langgiu di Johor yang diserang dan dibunuh oleh Raja Suran. Negeri Langgiu ialah negeri kedua yang dilanggar oleh tentera Raja Suran selepas negeri Gangga Negara (di Perak). Raja Suran pada masa itu sedang dalam perjalanan untuk menyerang negeri China.
Raja Chulan digambarkan sebagai "..raja besar dan segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya." Langgiu dalam bahasa Siam bermakna perbendaharaan permata.
Raja Chulan mati dipanah oleh Raja Suran. Panah Raja Suran menembusi dada Raja Chulan hingga ke belakang.
Setelah berjaya membunuh Raja Chulan, Raja Suran mengambil anaknya yang bernama Tuan Puteri Onang Kiu sebagai isteri.
Peperangan dengan Raja Chulan adalah peperangan yang paling hebat yang pernah ditempuh oleh Raja Suran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan