Puteri Dara Segangga ialah salah seorang isteri Raja Suran. Dia ialah saudara perempuan kepada Raja Gangga Syah Johan iaitu raja kerajaan Gangga Negara. Dia dikahwini oleh Raja Suran selepas Raja Suran melanggar Gangga Negara dan membunuh Raja Gangga Syah Johan.
Melalui perkahwinan ini, Puteri Dara Segangga melahirkan tiga orang anak iaitu Citram Syah, Paladu Tani, dan Nila Manam. Paladu Tani dirajakan di negeri Amdan Negara manakala Nila Manam dirajakannya di Bijaya Negara. Citram Syah yang paling tua dari tiga beradik ini dirajakannya di negeri yang paling kecil iaitu Candu Kani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan