Ahad, 26 Mac 2023

Aristun Syah

  • Aristun Syah ialah satu-satunya zuriat Raja Iskandar Zul-Karnain di negeri Hindi hasil perkahwinannya dengan anak raja Hindu iaitu Puteri Syahrul-Bariyah.

  • Namun Aristun Syah tidak pernah melihat bapanya. Ini kerana Iskandar Zul-Karnain meninggalkan negeri Hindi dan balik ke negerinya sebelum Aristun Syah sempat dilahirkan. Malah Iskandar Zulkarnain tidak pernah balik semula ke negeri Hindi selepas itu.

  • Aristun Syah dbesarkan di negeri Hindi tanpa bapa. Dia dibesarkan oleh datuknya iaitu Raja Kida Hindi pada masa itu. Malah Raja Kida Hindi jugalah yang memberinya nama Aristun Syah. Raja Kida Hindi juga meminang anak Raja Turkistan untuk Aristun Syah. Hasil dari perkahwinan ini, Aristun Syah mendapat seorang anak yang diberi nama Raja Aftus.

  • Aristun Syah menjadi pemerintah negeri Hindi selepas datuknya (Raja Kida Hindi) meninggal dunia. Dia memerintah untuk suatu tempuh yang sangat lama iaitu selama 355 tahun. Setelah Aristun Syah meninggal dunia dalam usia lebih kurang 475 tahun, Raja Aftus memerintah negeri Hindi untuk suatu tempuh yang juga lama iaitu selama 120 tahun.

  • Anak cucu cicit Aristun Syah di Benua Keling terus-menerus memerintah negeri Hindi untuk kesekian lamanya sehingga ada yang menuju ke Sumatera, ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhir sekali ke Melaka. Oleh kerana itulah penulis Sulalatus Salatin mendakwa orang Melaka adalah dari keturunan Iskandar Zul-Karnain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan