Selasa, 28 Mac 2023

Raja Sulan

Raja Sulan ialah datuk kepada Raja Suran dan bapa mentua kepada Raja Tersi Berderas. Nama Raja Sulan dan cucunya Raja Suran lebih kurang sama. Sulalatus Salatin tidak begitu pasti asal-usul keturunannya Raja Sulan ini.

Raja Sulan memerintah negeri Amdan Negara di benua Hindi. Dia digambarkan sebagai "...raja besar sekali, segala raja-raja Hindi dan Sindi, sekalian dalam tangannya, dan segala raja-raja yang di bawah angin ini sekaliannya takluk kepada baginda itu."

Raja Sulan ada seorang puteri yang dikahwinkan dengan Raja Tersi Berderas juga dari negeri Hindi. Melalui perkahwinan ini, Raja Sulan mendapat tiga orang cucu iaitu Raja Hiran, Raja Suran, dan Raja Fandin.

Raja Hiran dan Raja Fandin diberikan kawasan pemerintahan masing-masing. Raja Suran tidak diberikan mana-mana daerah tetapi dibela oleh Raja Sulan di Amdan Negara. Mungkin sengaja diaturkan begitu. Ini kerana setelah Raja Sulan meninggal dunia, cucunya Raja Suran itulah yang menggantikannya tempatnya menjadi raja negeri Amdan Negara.

Dalam Sulalatus Salatin tidak digambarkan apa-apa yang menarik atau istimewa Raja Sulan ini kecuali dia merupakan datuk kepada Raja Suran yang lebih terkenal itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan